Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Al Ghazali didakwa kahwin senyap-senyap

    Anak Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya, Alyssa Daguise.

    Memetik laporan CNN, Ahmad Dhani enggan mengulas mengenai perkahwinan anaknya itu dan meminta media bertanya sendiri kepada penyanyi berusia 25 tahun.

    “Tanya sama orangnya, mungkin nikah siri (perkahwinan secara rahsia). Ya, tak tahu,” katanya semasa temubual bersama Insert Live pada Khamis.

    Dalam perkembangan lain, pendakwah bebas Ustaz Derry Sulaiman turut mengulas mengenai perkahwinan pasangan muda ini.

    Dedahnya, Ahmad Dhani pernah memintanya untuk menguruskan perkahwinan Al Ghazali dan kekasihnya itu.

    “Sejak mereka bercinta, Abang Dhani sudah minta saya nikahkan mereka.

    “Sudah berkali-kali saya beritahu Al Ghazali… minta dia bernikah dengan Alyssa segera.

    “Pernikahan itu lebih mudah daripada zina. Orang yang mempersulitkan pernikahan bererti mereka mempermudahkan zina,” ujarnya. – Agensi

    Al Ghazali didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya, Alyssa Daguise. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...