Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Al-huffaz dari Indonesia serikan malam munajat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) terus mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penganjuran kali ke-51 malam tadi yang diungkayahkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan.

    Penyertaan minggu ini terdiri daripada warga kerja kedua-dua kementerian berserta ahli keluarga masing-masing, wakil lembaga-lembaga dan pertubuhan di bawah kawalan Kementerian Pembangunan, serta jemaah dari 87 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Menyertai acara minggu ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Turut serta ialah dua orang Al-Huffaz jemputan dari Republik Indonesia, iaitu Muhammad Naja Hudia Afifurrahman Agusfian, Al-Hafiz yang menghidap lumpuh otak (palsi serebrum) sejak lahir dan Nur Syahwa Syakhila Muhammad Sabhan, yang mengalami gangguan penglihatan (tunanetra) sejak lahir.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dari Surau Kementerian Pembangunan.

    Kemudian, bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Muhammad Naja, manakala Doa Munajat dibacakan oleh Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali dari Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos.

    Acara diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Meraih KeampunanNya’ disampaikan oleh daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Haji Mohammad Ali Wafiuddin bin Haji Osman.

    Bacaan Selawat Ibrahimiyyah pula dipimpin oleh Awang Mohammad Iman Budiman bin Haji Aspar dari Kementerian Pembangunan, bersama ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, dari Surau Kementerian Pembangunan.

    Sementara itu, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Mohammad Adham bin Hashim dari Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan antara yang menyertai Malam Munajat secara maya. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...