Al-Idrus FT belasah saingan ‘tetangga’

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Al-Idrus FT menepikan persahabatan dengan ‘tetangga’ mereka apabila membelasah Al-Idrus SC dengan jaringan 12-1 dalam saingan 16 pasukan terakhir Kejohanan Liga Bolasepak Al-Idrus di Padang Kelab Rekreasi Diraja Brunei baru-baru ini.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang berbisa Al-Idrus FT, Muhd ​​Nadzrin Abdullah menjaringkan lima gol, sekali gus meletakkannya dalam landasan betul untuk merebut gelaran penjaring terbanyak pada saingan liga musim itu.

Dalam perlawanan itu juga, pemain Al-Idrus FT, Shahruni bin Haji Bungsu mencetak empat gol dengan Ishak bin Ibrahim, Saiful Bahrin bin Haji Hamid dan Yahya bin Haji Mohd Zain masing-masing meledak satu gol.

Sementara itu, gol sagu hati Al-Idrus SC pula dijaringkan oleh Soffriana bin Haji Masri pada minit ke-75 perlawanan.

Al-Idrus FT dan Al-Idrus SC akan kembali beraksi pada suku akhir Piala FA Al-Idrus masing-masing menentang TJ FT dan I.T.F pada minggu depan.

Kesebelasan utama Al-Idrus FT bergambar ramai sebelum beraksi menentang Al-Idrus SC, baru-baru ini. – Gambar oleh Kelab Sukan Al-Idrus