Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al–Quran beri ketenangan dalam hidup Johan As’ari

    TIDAK semua lelaki suka menghabiskan masa lapang di luar, begitu juga dengan pelakon Johan Ariff As’ari.

    Ini kerana bagi Johan, 31, jiwanya lebih tenang berada di rumah kerana sudah biasa melakukan aktiviti rutin.

    Berkongsi aktiviti rutinnya di rumah, pelakon drama Jurnal Suraya ini berkata, dia selalunya akan mengaji al-Quran.

    “Saya bukan nak tunjuk baik tetapi memang aktiviti harian saya adalah meluangkan masa mengaji al-Quran.

    “Apatah lagi, memang ada bilik khusus di dalam rumah ini yang kami sekeluarga jadikan sebagai surau,” katanya.

    Antara drama lakonan terbaru daripada Johan As’ari adalah Suami-Suami Anissa.

    Menurut Johan, setiap hari memang dia akan pastikan masanya diisi dengan aktiviti mengaji termasuk ibadat.

    “Saya lebih tenang berada di rumah kerana ada masa boleh diluangkan untuk mengaji al-Quran. Terus terang, saya memang kena ada masa mengaji setiap hari kerana aktiviti ini sudah menjadi rutin.

    “Maklum sajalah, saya pernah mendapat pendidikan belajar agama di sekolah pondok di Indonesia ketika remaja dulu.

    “Oleh itu, aktiviti harian saya memang sudah biasa diisi dengan mengaji dan kalau tidak melakukannya ia tidak lengkap,” katanya.

    Johan berkata, dia juga ada meluangkan masa dengan beberapa aktiviti lain yang menjadi hobinya.

    “Saya membina karier dalam bidang seni dan semestinya selain berlakon sudah tentu minat juga pada muzik.

    “Sebenarnya saya suka bermain gitar dan ada jugalah cuba-cuba menghasilkan melodi lagu termasuk lirik sendiri.

    “Walaupun tidaklah serius tetapi seronok dapat melakukannya. Apatah lagi, ilham datang pun tidak diduga.

    “Semuanya anugerah daripada Allah S.W.T dan saya hanya mencuba mempelbagaikan bakat diri sendiri,” katanya.

    Enam tahun menceburi kerjaya seni, Johan mengakui memang berlaku pasang surut dalam karier lakonannya.

    Namun, katanya dia bersyukur namanya tidak tenggelam dan masih lagi mendapat tawaran berlakon.

    “Sempena kedatangan 2018 ini, kanvas karier lakonan saya akan bermula dengan membintangi drama 100 episod.

    “Saya terharu dan tidak menyangka mendapat peluang berlakon dalam drama Suami-Suami Anissa terbitan Global Station Sdn Bhd.

    “Ditambah, saya teruja kerana dapat bekerjasama dengan pelakon seperti Datuk Aaron Aziz dan Izara Aishah. Ini kali pertama kami berlakon sama dan diharapkan bertambahlah lagi pengalaman dan ilmu lakonan saya,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda