Al Sadd cipta kebangkitan

DOHA, 14 OGOS – Akram Afif dan Abdel Karim Hassan meledakkan gol pada separuh masa pertama ketika Al Sadd menewaskan gergasi Qatar, Al Duhail 3-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC.

Susulan keputusan 1-1 minggu lepas, Al Sadd mengatasi saingan Al Duhail untuk mara dengan kemenangan agregat 4-2 dan memberikan Xavi peluang

memenangi gelaran benua Asia buat pertama kali dalam musim pertamanya sebagai jurulatih.

Ia adalah perlawanan sengit di Stadium Sheikh Jassim bin Hamad, Al Duhail mendominasi di awal perlawanan, dengan penjaring terbanyak Piala Asia tahun ini, Almoez Ali, terlepas peluang keemasan hanya selepas tiga minit apabila percubaannya tersasar.

Namun juara 2011, Al Sadd berjaya menemui rentak mereka dan mencipta peluang mereka sendiri ketika mereka mula memberikan tekanan ke atas pertahanan Al Duhail. – AFP

Akram Afif (tengah) diasak oleh dua pemain Duhail dalam saingan Liga Juara-Juara AFC di Doha. – AFP