Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alaba sertai Madrid musim depan

    BELIN, 21 APRIL – Pemain pertahanan Austria, David Alaba akan menyertai Real Madrid pada penghujung musim ini dengan perpindahan percuma apabila kontraknya bersama Bayern Munich tamat, menurut beberapa laporan semalam.

    Sky mendakwa pemain berusia 28 tahun itu, yang telah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara bersama Bayern, akan menandatangani kontrak perjanjian lima tahun bersama Real selepas menghabiskan masa sepanjang 13 tahun di Munich.

    Alaba beraksi ketika pasukannya mencatat kemenangan 2-0 di laman sendiri menentang Leverkusen hari ini yang menyaksikan Bayern mendahului selesa 10 mata di puncak Bundesliga.

    Bayern boleh merangkul gelaran juara Bundesliga buat musim kesembilan berturut-turut di Mainz pada Sabtu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda