Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Alasan Cheng Hoe undur diri

    KUALA LUMPUR, 3 JAN – “Saya perlu beri laluan kepada individu yang mungkin lebih arif untuk bawa skuad kebangsaan ke satu tahap lebih baik”.

    Itu penjelasan Tan Cheng Hoe berhubung keputusannya melepaskan jawatan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya selepas empat tahun menggalas tanggungjawab itu sejak dilantik pada Disember 2017.

    Cheng Hoe mengakui ia adalah keputusan berat untuk dilakukan, namun tindakannya itu sebagai mengambil tanggungjawab atas kegagalan pasukan negara pada kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, baru-baru ini.

    “Saya tahu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) letak sasaran untuk saya ke pusingan akhir Piala AFF dan saya tidak mencapai sasaran tersebut, jadi itulah sebab saya meletak jawatan.

    “Memang keputusan ini saya ambil masa yang panjang untuk berfikir, fikir lebih jauh tentang karier saya dan juga reputasi sebagai jurulatih perlu saya jaga. Mungkin ada orang lain mampu menggalas tugas itu lebih baik daripada saya,” kata pengendali berusia 53 tahun itu ketika dihubungi Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...