Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alaska digegar gempa bumi

    WASHINGTON, 9 Okt – Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda pantai barat Alaska tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berlaku pada kedalaman 111.8 kilometer dan 60 kilometer ke timur Pulau Buldir terpencil di kepulauan Aleutian, yang dihuni 8,000 penduduk.

    “Secara keseluruhan, penduduk di wilayah itu menetap dalam struktur yang tahan goyang akibat gempa bumi, walaupun struktur lemah wujud,” kata USGS.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda