ANCHORAGE, ALASKA, 25 JULAI – Alaska mengalami kebakaran yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada tahun ini, daripada kebakaran hutan terbesar di rantau barat daya kepada kebakaran yang mengeluarkan asap yang bergerak ratusan batu ke komuniti Laut Bering di Nome, di mana udara yang biasanya bersih berubah kepada kategori amat tidak sihat.
Buat masa ini, lebih 530 kebakaran hutan telah pun marak di kawasan sebesar saiz Connecticut dan musim kebakaran paling teruk bakal meletus pada minggu-minggu akan datang. Sementara harta benda telah hangus terbakar, beberapa penduduk telah dipaksa berpindah dan seorang individu terbunuh, manakala seorang juruterbang maut pada bulan lalu apabila helikopter terhempas ketika cuba membawa muatan peralatan untuk anggota bomba.
Hujan baru-baru ini telah membantu namun ramalan jangka panjang menunjukkan pola cuaca yang sama dengan 2004, apabila hujan pada bulan Julai membawa kepada sistem tekanan tinggi, cuaca panas, kelembapan rendah dan kilat yang mencetuskan kebakaran paling teruk di Alaska pada tahun ini. – AP