Alat pengesanan tidur, dengkuran semakin mendapat perhatian

NEW YORK – Bantal yang dapat mengesan corak tidur anda? Sebuah katil yang dapat menyalaraskan kedudukan tidur anda? Kebanyakan syarikat-syarikat yang wujud pada masa ini menambah baik produk mereka dengan kecanggihan teknologi, agar ianya dapat menarik minat para pelanggannya untuk mendapatkan tidur malam yang lebih baik dan selesa.

Sebahagian perniagaan khas sedang menghasilkan peralatan yang menjanjikan penambahbaikan dan peningkatan kualiti tidur, sementara peruncit pasaran mega seperti Best Buy sedang menawarkan idea-idea yang lebih mudah dan ringkas seperti kesan pencahayaan yang pelbagai dan berlainan dalam membuai tidur anda. Tetapi dengan pilihan yang semakin meningkat dan berkembang, orang ramai mungkin mendapati bahawa item-item tersebut adalah terlalu canggih dan sofistikated – tetapi masih tidak dapat menentukan dengan tepat.

Kepentingan tidur telah dipergiat. Bilangan pusat tidur yang diiktiraf oleh American Academy of Sleep Medicine sudah meningkat kepada hampir tiga kali ganda dari tahun 2000 hingga 2015, kata kumpulan itu. Orang ramai lebih cenderung untuk menghabiskan duit mereka untuk tilam berbanding pakaian mereka, kata Marian Salzman, Ketua Pegawai Eksekutif Havas PR North America.

“Tidur adalah simbol status baru,” katanya.

Perniagaan ini sangat besar. Salah satu produk yang mahal adalah Sleep Number’s 360 Smart Bed, yang berharga daripada AS$3,449 sehingga AS$4,999. Ia dapat menyelaraskan dan menyesuaikan berdasarkan keadaan seseorang yang tidak mempunyai tidur yang cukup. Bantal Zeeq pula, yang dijual pada harga AS$299 dari jenama REM-Fit, memantau dengkuran anda dan bergetar secara lembut dan perlahan agar dapat menggerakkan seseorang itu pada posisi tidur yang berbeza.

REM-Fit menampilkan bantal Zeeq, yang memantau dengkuran dan akan bergetar lembut untuk menggerakkan seseorang bagi mengalihkan kedudukan tidur yang berbeza. – AP
REM-Fit menampilkan bantal Zeeq, yang memantau dengkuran dan akan bergetar lembut untuk menggerakkan seseorang bagi mengalihkan kedudukan tidur yang berbeza. – AP
John Yelverton menunjuk cara teknologi tidur, yang bukan sahaja menjejaki corak tidur anda. – AP
John Yelverton menunjuk cara teknologi tidur, yang bukan sahaja menjejaki corak tidur anda. – AP
Pengurus penyimpanan Sleep Number, Lee Pulliam, menunjuk cara bagaimana teknologi tidur itu dapat menjejaki corak tidur anda, selain daripada ciri-ciri lain yang terdapat di Sleep Number 360 Smart Bed, termasuklah elemen pemanasan kaki, keselesaan baringan, kaki dan kepala. – AP
Pengurus penyimpanan Sleep Number, Lee Pulliam, menunjuk cara bagaimana teknologi tidur itu dapat menjejaki corak tidur anda, selain daripada ciri-ciri lain yang terdapat di Sleep Number 360 Smart Bed, termasuklah elemen pemanasan kaki, keselesaan baringan, kaki dan kepala. – AP

“Saya sanggup berbelanja lebih pada teknologi tidur kerana ia diharap akan dapat membantu saya untuk terlelap atau tertidur dengan cepat, tidur lebih lama dan merasa lebih tenang apabila saya bangun,” kata Frank Ribitch, mengenai alat itu dari Martinez, California, yang mana dapat menjejaki tidurnya dengan aplikasi yang disambungkan ke katil Sleep Number dan bantal Zeeq.

Tidur yang tidak mencukupi adalah satu kebimbangan kesihatan awam, kata pegawai persekutuan, apabila lebih daripada satu pertiga orang dewasa warga Amerika tidak mendapat cukup tidur yang teratur. Itu boleh menyumbang kepada masalah seperti obesiti dan diabetes. Dan satu kajian yang diterbitkan oleh Rand Corp meletakkan kerugian kewangan kepada syarikat-syarikat AS sehingga AS$411 bilion setahun.

Mencari penyelesaian boleh menjadi satu perusahaan yang menguntungkan. Awal tahun ini, Apple Inc. telah membeli Beddit yang berpejabat di Finland, yang membuat aplikasi dan peranti pemantauan tidur yang diletakkan di bawah cadar tilam. Sensor bernilai AS$150 akan mula mengesan apabila seseorang itu berbaring di katil tersebut, dan menganalisis data seperti jumlah masa seseorang itu tidur di atas katil tersebut sebelum mereka bangun. Ia juga memantau kadar degupan jantung, suhu, pergerakan dan juga dengkuran anda.

“Sebelum ini, ia adalah mengenai pil tidur dan orang ramai tidak mahu bercakap mengenai tidur apnea,” Lasse Leppakorpi, pengasas bersama dan kini bekas Ketua Pegawai Eksekutif Beddit, berkata sebelum Apple membeli syarikat tersebut. “Berdengkur memang memalukan. Namun tiada yang cuba mengambil peluang dalam masalah ini.”

Apple, yang memiliki Apple Watch, memantau sebarang aktiviti anda dan menawarkan pengalaman pengesanan tidur anda melalui aplikasi pihak ketiga, enggan mengulas lanjut mengenai masa depan Beddit. Leppakorpi menyatakan bahawa sebelum pengambilalihan, Beddit telah bekerjasama dengan makmal tidur seperti MIT Lab, yang mana menggunakan peranti untuk mengumpulkan data pesakit.

Di Pusat Perubatan Tidur Stanford, pengarah neurologi dan perubatan Clete A. Kushida menguji terapi dan ubat baru. Sejak dua tahun yang lalu, analisis ini telah berkembang sehinggalah ke peranti yang boleh dipakai. Para saintis menilai prestasi peranti itu dengan kesepadanan pusat kajian tidur semalaman, dengan menilai kadar degupan jantung dan aktiviti gelombang otak untuk menentukan jumlah masa dan tahap tidur seseorang itu.

Kesimpulan Kushida? “Peranti pengguna yang boleh dipakai tidak akan dapat mengesan tahap tidur secara tepat,” katanya. Masalahnya: Mereka memberi tumpuan kepada pergerakan, yang mana boleh memberikan maklumat yang mengelirukan apabila seseorang itu berbaring di atas katil dengan keadaan terjaga.

Malah, Syarikat Hello dari San Francisco, pembuat produk yang memfokuskan kepada pengesanan tidur melalui klip yang dilekatkan pada cadar katil seseorang, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah ditutup di tengah laporan mengenai peranti mereka itu tidak dapat menjejaki corak tidur seseorang dengan tepat. Namun, Kushida percaya produk berasaskan pengguna ini kini semakin baik dan akan dapat memantau secara tepat serta menyelesaikan masalah tidur dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. – AP