Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Alat pengurusan pelepasan karbon dilancar

    KUALA LUMPUR, 14 APRIL – United Nations Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) telah bekerjasama dengan Tata Consultancy Services Malaysia (TCS Malaysia) untuk memperkenalkan ZeroC, platform yang dibangunkan bersama bagi pengurusan emisi digital untuk organisasi dan industri.

    Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata alat pengurusan pelepasan karbon ZeroC direka bentuk untuk membantu organisasi mencapai matlamat pengurangan karbon dengan memudahkan sistem, membolehkan penetapan sasaran dan memantau jejak karbon mereka melalui papan pemuka interaktif.

    Pengarah Eksekutif UNGCMYB Faroze Nadar berkata banyak perniagaan adalah sejajar dengan keperluan untuk menangani ancaman segera perubahan iklim.

    “TCS Malaysia telah menjadi rakan tetap dalam membangunkan ZeroC dengan menggunakan pengalaman global mereka dalam membantu perniagaan untuk berubah, dan kami yakin untuk memperluaskan lagi kerjasama ini bagi meningkatkan usaha selanjutnya bagi memacu tindakan iklim di Malaysia,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...