Alba sihat di hutan Borneo

KATINGAN, INDONESIA, 4 MAC – Orangutan albino yang satu-satunya diketahui di dunia telah dikesan hidup dan dalam keadaan sihat di hutan hujan Borneo, lebih setahun lalu selepas ia dibebaskan ke hutan, kata penyokong pemuliharaan.

Alba, primat bermata biru berbulu putih diselamatkan dari sebuah kurungan yang dijaga sebagai haiwan peliharaan oleh penduduk pada 2017 di Kalimantan Borneo.

Alba telah dibebaskan semula ke hutan lewat 2018.

Minggu ini, Yayasan Penyelamatan Orangutan Borneo berkata Alba dikesan ketika ia memantau tiga orangutan lain yang dibebaskan baru-baru ini.

“Selepas kami mengetahui yang ia boleh membuat sarang, mencari makan sendiri dan tidak lagi bergantung pada bantuan manusia kami menyimpulkan yang ia boleh hidup di hutan,” kata Indra Exploitasia, pengarah pemuliharaan biodiversiti di kementerian alam sekitar.

Penyelamatan Alba adalah berita positif luar biasa bagi spesies terancam yang menyaksikan bilangan habitat itu susut secara drastik beberapa dekad lalu disebabkan oleh pemusnahan hutan bagi pembalakan, kertas, minyak sawit dan perlombongan. – AFP

Gambar yang diberikan oleh Yayasan Penyelamatan Orangutan Borneo pada 4 Mac menunjukkan Alba di hutan Borneo. – AFP