Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Alberto lanjut kontrak sehingga 2027

    MILAN, 3 OKT – Luis Alberto telah melanjutkan kontrak Lazio sehingga 2027, kelab Serie A itu mengumumkan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang Celtic.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Isnin, Lazio berkata pemain tengah Sepanyol Luis Alberto ‘telah menyambung kontrak yang mengekalkannya dengan kelab itu untuk empat tahun akan datang’.

    Pemain berusia 30 tahun itu telah berada di Lazio sejak menandatangani kontrak dari Liverpool pada 2013, bermain 270 perlawanan dan menjaringkan 49 gol dalam semua perlawanan.

    Lazio menghuni tempat ke-16 dalam Serie A selepas hanya mengumpul tujuh mata daripada tujuh perlawanan liga pertama mereka, situasi yang telah memberikan tekanan kepada jurulatih Maurizio Sarri. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...