Sebuah kedai muzik secara tidak sengaja menjual album baharu kumpulan Ateez, Ateez The World EP1: Movement yang masih belum dilancarkan.
Insiden yang berlaku di Las Vegas, Amerika Syarikat itu mengejutkan peminat kumpulan dari Korea Selatan tersebut.
Menurut pihak pengurusan kumpulan berkenaan, album tersebut sepatutnya berada di pasaran bermula 29 Julai ini.
“Kesilapan itu sudah dikesan apabila beberapa hari sebelum dilancarkan dan penjelasan juga sudah dibuat. Album juga sudah ditarik balik sehingga tarikh sebenar pelancarannya,” jelas wakil Ateez.
Pihak pengurusan kedai juga sedang dalam usaha menjejaki individu yang sudah membeli album berkenaan untuk membatalkan pembelian dan menawarkan ganti rugi.
Untuk rekod, album itu mendapat pra-tempahan paling tinggi iaitu 1.1 juta salinan dalam tempoh seminggu. – Agensi