Album baharu BTS terjual 2 juta dalam tempoh 2 jam

Kumpulan BTS mencipta rekod baharu di carta Hanteo apabila album mereka Map Of The Soul: 7 terjual sebanyak 2 juta salinan dalam masa dua jam.

Menurut laporan Soompi, Hanteo yang merupakan laman rasmi yang mencatat jualan album di Korea Selatan memaklumkan ia merupakan satu rekod baharu di laman mereka. Album Map Of The Soul: 7 dilancarkan secara rasmi dan boleh dibeli oleh peminat bermula pada Jumaat lalu.

Catatan rekod itu menjadikan BTS artis pertama yang berjaya mencapai angka jualan album sebanyak 1 juta dalam masa terpantas. Secara tidak langsung BTS menewaskan rekodnya sendiri menerusi album Map Of The Soul: Persona yang mencapai jualan 2 juta dalam masa seminggu.

Sebelum itu, pengedar Dreamus Company mengumumkan tempahan awal untuk album ini telah mencapai lebih 4 juta. – Agensi

BTS memecahkan rekod jualan album terdahulu mereka dengan album baharu mereka Map Of The Soul: 7 yang terjual sebanyak 2 juta salinan dalam masa dua jam. – Agensi