Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Album Yonnyboii dipertikai

    Edisi ke-23 Anugerah Industri Muzik (AIM) yang melabuhkan tirai malam kelmarin, dicemari kontroversi sejurus keputusan bagi kategori Album Terbaik diumumkan penyampai trofi ‘meastro’ muzik, Datuk M Nasir dan Ziana Zain pada segmen akhir acara anugerah itu.

    Sebaik album Yonny (Deluxe Version) milik penyanyi hip hop, Yonnyboii diumumkan mengungguli kategori Album Terbaik, kata-kata negatif mula didengari berikutan bingkisan itu tidak menang dalam mana-mana kategori utama lain.

    Malah, album berkenaan hanya ‘sangkut’ dalam satu lagi kategori, iaitu Rakaman Album Terbaik yang dimenangi album Belagu dihasilkan Dayang Nurfaizah.

    Menyemak rekod kejayaan pemenang kategori Album Terbaik pada AIM lalu, lazimnya produk dihasilkan dipilih mengungguli kategori utama lain seperti Rakaman Album Terbaik, Lagu Terbaik atau Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu.

    Inilah yang dilihat melalui rekod dicipta Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged diangkat pemenang Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik pada AIM 22 yang dianjurkan pada 2016.

    Malah, pada AIM 21, album Fragmen yang dinobatkan Album Terbaik turut menjulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Wanita

    Justeru, apabila juri AIM 23 memilih album Yonny (Deluxe Version) milik Yonnyboii yang tidak memenangi sebarang kategori utama, ramai tertanya-tanya apa kelebihan karya itu hingga mendapat pengiktirafan sebegitu.

    Biarpun berlangsung dalam tempoh amat singkat, iaitu sebulan selepas pengumuman AIM 23 dibuat, pujian wajar diberi kepada penganjur atas inisiatif diambil.

    Mungkin ini bukanlah AIM terbaik yang pernah dianjurkan, jauh sekali hendak membezakannya dengan era kegemilangan acara anugerah ini yang lalu. – Agensi

    Yonnyboii diumumkan mengungguli kategori Album Terbaik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...