Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Alcaraz dalam misi balas dendam

    UMAG, CROATIA, 31 JULAI – Juara bertahan, Carlos Alcaraz terselamat daripada kecederaan buku lali yang membimbangkan untuk menewaskan Giulio Zeppieri sekali gus mengatur pertarungan akhir Umag bagi menentang pemain yang menamatkan harapannya di Wimbledon, Jannik Sinner.

    Pemain berusia 19 tahun itu, menang 7-5, 4-6, 6-3 ke atas pemain ranking ke-168 dunia, Zeppieri dari Itali dalam perlawanan separuh a-khir yang melelahkan di gelanggang tanah liat Croatia kelmarin.

    Alcaraz berjaya mengatasi kecederaan di pergelangan kaki kanannya pada set kedua dan berharap untuk cergas sepenuhnya pada perlawanan akhir Ahad nanti menentang pilihan kedua, Sinner.

    Perlawanan akhir tersebut akan menjadi perlawanan peringkat jelajah ke-100 bagi Alcaraz.

    “Sungguh mengagumkan untuk berada di final sekali lagi. Saya seronok bermain di sini, di Umag,” kata pemain Sepanyol itu.

    “Pada masa ini, buku lali saya sudah baik. Saya tidak mengalami kesakitan yang keterlaluan sekarang. Mari kita lihat malam ini atau esok pagi, tetapi saya pasti saya sudah bersedia untuk perlawanan akhir,” tambahnya.

    Manakala itu, Sinner mara ke final pertamanya tahun ini dengan menumbangkan rakan senegara dari Itali, Franco Agamenone, 6-1, 6-3. – AFP

    Reaksi Carlos Alcaraz semasa perlawanan pusingan keempat perseorangan lelaki di Kejohanan tenis Wimbledon di London, Britain, pada 3 Julai 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...