Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Alcaraz juara di Terbuka AS

    NEW YORK, 12 SEPT – Pemain remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz merangkul kejuaraan Grand Slam sulungnya di Terbuka AShari ini, menjadi pemain termuda yang menduduki ranking nombor satu dunia dan mengukuhkan statusnya sebagai budak poster gelombang baharu tenis.

    Pemain berusia 19 tahun itu melakar kemenangan 6-4, 2-6, 7-6 (7/1), 6-3 ke atas pemain Norway, Casper Ruud pada perlawanan akhir.

    Alcaraz, remaja pertama yang menduduki ranking teratas, adalah juara Grand Slam lelaki termuda sejak idolanya Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis 2005.

    Pada hari bersejarah ini, dia juga menjadi juara termuda di New York sejak Pete Sampras pada 1990.

    “Sekarang saya menikmati masa ini. Saya seronok memiliki trofi di tangan saya. Tetapi, sudah tentu, saya dahagakan lebih banyak lagi,” kata Alcaraz.

    “Saya mahu berada di kedudukan teratas selama beberapa minggu dan bertahun-tahun lamanya. Saya akan bekerja keras semula selepas minggu ini, dua minggu yang menakjubkan ini. Saya akan berjuang untuk lebih daripada ini.”

    Walaupun berada di barisan hadapan era moden tenis, persembahannya pada Ahad juga mengandungi unsur-unsur seperti perlawanan dahulu. Dia memenangi 15 mata daripada 21 percubaan servis dan voli. Ia adalah kejohanan yang melelahkan untuk Alcaraz.

    Pada Ahad, dia meraih rekod paling banyak masa dihabiskan di gelanggang di Grand Slam tunggal, melepasi 23 jam dan 21 minit yang diperlukan Kevin Anderson untuk menamatkan naib juara di Wimbledon pada 2018.

    Terbuka AS adalah trofi kelima Alcaraz pada 2022 berikutan kejayaan Masters di Miami dan Madrid serta Rio dan Barcelona. – AFP

    Aksi Carlos Alcaraz memegang trofi kejuaraan selepas menewaskan Casper Ruud dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan tenis Terbuka AS di New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...