Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Alcaraz juara final ATP Terbuka Rio

    RIO DE JANEIRO, 21 FEB – Carlos Alcaraz, 18, berasal dari Sepanyol, menewaskan pemain Argentina, Diego Schwartzman dalam dua set yang mempesonakan kelmarin untuk memenangi perlawanan akhir Terbuka Rio, menjadi juara ATP 500 termuda.

    Nampak lebih pantas, lebih kuat dan lebih cergas daripada lawannya yang berusia 29 tahun, Alcaraz mempamerkan permainan bergaya di gelanggang tanah liat, Rio de Janeiro, menang 6-4, 6-2 dalam perlawanan yang berkemungkinan meningkatkan reputasinya sebagai “Nadal Baharu“ – nama panggilan yang tidak disukainya.

    “Saya tidak percaya, ia satu perasaan yang hebat. Walaupun menghadapi semua kesukaran, ia adalah kejohanan yang menakjubkan,” kata Alcaraz selepas merangkul gelaran kedua dalam kerjayanya, selepas Umag pada Julai.

    Kemenangan itu akan membawa Alcaraz, yang menyertai perlawanan pada ranking ke-29 dunia, ke kedudukan ke-19 dalam ranking ATP seterusnya hari ini.

    Alcaraz memecahkan servis Schwartzman dua kali pada set pertama dan kali kedua dengan mata terikat seri pada empat perlawanan setiap satu.

    Dia memulakan set kedua dengan satu lagi mata penentu dan terus mendominasi dari sana.

    Alcaraz mara ke final menewaskan pemain nombor 38 dunia, Fabio Fognini pada suku akhir dan pemain nombor enam dunia, Matteo Berrettini pada separuh akhir – kedua-duanya bermain Sabtu lalu kerana ditangguhkan akibat hujan. – AFP

    Reaksi Carlos Alcaraz menjulang piala selepas menewaskan Diego Schwartzman dalam perlawanan final ATP Terbuka Rio kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...