Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Alcaraz kembali ke ranking nombor 1 dunia

    PARIS, 23 MEI – Carlos Alcaraz menggantikan Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking ATP kelmarin, dan menjadi pilihan utama di Terbuka Perancis.

    Sementara gelaran Terbuka Itali milik Daniil Medvedev melonjakkanya ke nombor dua menjelang kejohanan Grand Slam kedua tahun itu.

    Kekalahan Djokovic pada pusingan keempat sebagai juara bertahan di Rom membuatkannya jatuh ke nombor tiga. Ini bermakna dia dan Alcaraz berpotensi berada di separuh pusingan yang sama dalam kategori Roland Garros dan mungkin akan berhadapan dalam pertembungan separuh akhir, bergantung kepada apa yang berlaku dalam undian pada Khamis di Paris.

    Terbuka Perancis, yang bermula pada Ahad, akan menandakan peluang pertama untuk menjadi pilihan nombor satu pada kejohanan utama untuk Alcaraz, seorang pemain Sepanyol yang berusia 20 tahun bulan ini. Dia telah mencatatkan rekod 30-3 dengan empat gelaran pada 2023.

    Alcaraz naik ke tempat teratas ATP buat pertama kali dengan memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) September lalu dan pada usia 19 tahun, dia menjadi pemain termuda yang mencapai peringkat itu dalam satu tahun.

    Tetapi kecederaan kaki menghalangnya untuk beraksi di Terbuka Australia pada Januari, apabila Djokovic memenangi kejuaraan buat kali ke-22 dalam acara Grand Slam, menyamai rekod yang dipegang oleh Rafael Nadal.

    Djokovic telah menghabiskan lebih banyak minggu sebagai pemain nombor satu daripada sesiapa sahaja, baik lelaki atau wanita dalam sejarah kedudukan berkomputer sukan itu.

    Sementara itu, Iga Swiatek juara bertahan di Paris, kekal sebagai pemain nombor satu dalam ranking WTA, yang dipimpinnya selama lebih setahun, diikuti oleh pemain nombor dua, Aryna Sabalenka, juara Terbuka Australia. – AP

    Aksi Carlos Alcaraz semasa kejohanan tenis Terbuka Itali di Rom, 13 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -