Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Alcaraz mara ke suku akhir, Rublev kecewa

    HAMBURG, JERMAN, 22 JULAI — Pemain pilihan utama, Carlos Alcaraz kelmarin bangkit daripada permulaan perlahan untuk menewaskan Filip Krajinovic 7-6 (4), 6-3 dan mara ke suku akhir Terbuka Eropah Hamburg sementara Francisco Cerundolo mengejutkan Andrey Rublev 6-4, 6-2.

    Alcaraz menyelamatkan empat mata set selepas ketinggalan 4-5 pada set pertama sebelum bangkit untuk menewaskan Krajinovic 21-2 di gelanggang tanah liat pada musim ini. Pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu seterusnya akan berdepan Karen Khachanov bagi merebut tempat ke separuh akhir selepas pemain Rusia itu menundukkan Fabio Fognini 6-3, 7-5.

    Manakala Cerundolo, yang menduduki tempat ke-22 di bawah Rublev, mencatat kemenangan berturut-turut dalam tujuh perlawanan selepas merangkul gelaran jelajah pertamanya di Bastad, Sweden minggu lalu.

    Lawan Cerundolo akan bermain menentang seorang lagi pemain Rusia, Aslan Karatsev, yang menang 3-6, 6-3, 6-4 menentang pemain kelayakan, Daniel Elahi Galán.

    Sementara itu, dalam aksi perlawanan tenis wanita, pilihan utama, Anett Kontaveit mara ke separuh akhir selepas Andrea Petkovic menarik diri akibat kecederaan ketika Kontaveit mendahului 6-0, 2-0. Petkovic mengesyaki ia adalah ketegangan adductor, katanya yang dilaporkan oleh agensi Jerman dpa.

    Kontaveit selepas ini akan menentang Anastasia Potapova, yang mengecewakan juara Terbuka Perancis 2021, Barbora Krejcikova 6-1, 6-3. Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan Maryna Zanevska menentang pemain Amerika Syarikat, Bernarda Pera.

    Zanevska telah menewaskan pemain pilihan keempat, Aliaksandra Sasnovich 6-4, 7-5, manakala Pera menewaskan Katerina Siniakova 6-3, 6-1. – AP

    Reaksi Carlos Alcaraz selepas bermain menentang Nicola Kuhn di pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka Eropah Hamburg, di Hamburg, Jerman pada 19 Julai lalu. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...