Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Alcaraz, Medvedev bakal berentap di pusingan akhir

INDIAN WELLS, CALIFORNIA, 19 MAC – Carlos Alcaraz berjaya menundukkan Jannik Sinner 7-4 (4), 6-3 kelmarin sekali gus mara ke pusingan akhir Terbuka BNP Paribas dan akan bertemu Daniil Medvedev.

Medvedev menewaskan Frances Tiafoe 7-5, 7-6 (4) dengan mata perlawanannya yang kelapan untuk mencatatkan 19 kemenangan berturut-turut tahun ini.

Alcaraz perlu memenangi gelaran hari ini untuk merampas semula kedudukan nombor satu dunia daripada Novak Djokovic. Pemain kelahiran Serbia, yang merupakan juara lima kali Indian Wells, menarik diri sebelum kejohanan bermula selepas dia tidak dibenarkan untuk memasuki Amerika Syarikat (AS) kerana enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID.

Alcaraz dan pemain pilihan ke-11, Sinner, telah bertemu sebanyak empat kali sebelum ini, dengan Alcaraz memenangi kedua-dua pertemuan di atas gelanggang keras.

“Jannik adalah seorang pemain yang hebat, dan dia mendesak saya untuk bermain dengan lebih baik dan menjadikan saya bermain di peringkat tinggi,” kata Alcaraz. “Saya sangat gembira dengan tahap permainan saya, dan cara saya mengatasi masalah, saya menyelamatkan satu set mata dalam set pertama.”

Alcaraz tidak pernah mendapatkan mata penentuan ketika menentang Sinner, yang hanya meraih 48 peratus daripada pukulan servis pertamanya dan memenangi hanya 19 daripada 36 mata semasa membuat pukulan servis dalam set kedua. Dia ketinggalan 3-0 dalam set kedua.

“Saya tidak membuat pukulan servis dengan baik hari ini, itu membuatkan perbezaan yang besar,” kata Sinner. “Semasa rali di hujung garisan saya merasa okey, saya berjaya mengambil peluang, terutamanya semasa set pertama. Tetapi dia meraih mata penting lebih baik daripada saya, jadi dia layak untuk menang.”– AP

Aksi Carlos Alcaraz semasa pertemuan menentang Sinner di pusingan separuh akhir Terbuka BNP Paribas, baru-baru ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -