Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Alcaraz raih kemenangan ke-40

    UMAG, CROATIA, 29 JULAI – Carlos Alcaraz meraih kemenangan ke-40nya pada tahun ini kelmarin apabila beliau berjaya menewaskan Norbert Gombos dari Slovakia dengan keputusan 6-2, 6-3 sekali gus mempertahankan gelaran Umag dengan bergaya.

    Pemain Sepanyol itu memenangi gelaran sulungnya pada perlawanan gelanggang tanah liat Croatia tahun lalu dan kembali beraksi tahun ini sebagai pemain termuda yang berjaya menjadi pemain lima teratas dunia sejak Rafael Nadal pada 2005.

    “Ia adalah perlawanan yang sukar. Ia bukannya mudah seperti keputusan itu,” kata Alcaraz, yang berjaya mematahkan tujuh mata penamat semasa menentang pemain yang bernasib baik itu.

    “Norbert bermain dengan baik dan setiap perlawanan dalam pusingan pertama tidaklah mudah, jadi saya perlu membiasakan diri dengan keadaan. Ia sukar bagi saya, tetapi akhirnya berjaya menemukan cara untuk bermain dengan lebih baik dan menang,” katanya lagi.

    Sejak menewaskan Richard Gasquet dalam perlawanan akhir Umag tahun lalu, Alcaraz telah menambah empat gelaran setakat ini ke dalam koleksi kemenangannya, termasuk mahkota Masters di Miami dan Madrid.

    Kemenangan semalam diperoleh selepas kekalahan mengejut minggu lalu pada perlawanan akhir Hamburg menentang Lorenzo Musetti.

    Alcaraz, kini mempunyai rekod kemenangan 25-3 pada musim ini, akan berdepan dengan pemain dari Argentina, Facundo Bagnis untuk merebut tempat di separuh akhir, hari ini. – AFP

    Aksi Carlos Alcaraz semasa membalas pukulan Lorenzo Musetti dalam perlawanan akhir Hamburg di Jerman, 24 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...