Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

Alcaraz terpaksa tarik diri musim ini

ISTANBUL, 6 NOV – Pemain tenis ranking utama dunia, Carlos Alcaraz terlepas peluang untuk beraksi pada baki kejohanan tahun ini akibat kecederaan otot perut, lapor Agensi Anadolu.

“Selepas saya menarik diri semalam dan dinilai oleh pasukan perubatan saya, @drlopezmartinez dan @JuanjoMoreno M, malangnya otot dalaman di dinding perut kiri koyak dan mengambil masa enam minggu untuk pulih,” ciap Alcaraz di Twitternya pada Sabtu.

Berikutan kecederaan itu Alcaraz, 19, terpaksa menarik diri daripada Pusingan Akhir ATP dan Pusingan Akhir Piala Davis.

“Sukar dan menyakitkan untuk terlepas dua acara yang sangat penting bagi saya, namun saya perlu positif dan fokus pada pemulihan saya,” katanya.

Pemain cemerlang Sepanyol ini merangkul juara perseorangan lelaki Terbuka AS 2022 sekali gus memenangi kejuaraan Grand Slam sulungnya. – Bernama

Kecederaan dialami Alcaraz meranapkan impiannya untuk terus beraksi pada musim ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -