Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Alcaraz tumpaskan sinner di terbuka AS

    NEW YORK, 8 SEPT – Carlos Alcaraz menewaskan Jannik Sinner dalam lima set untuk mara ke separuh akhir Terbuka AS pada Khamis dalam masa penamat terbaharu dalam sejarah 141 tahun kejohanan itu.

    Pertarungan mendebarkan selama 5 jam 15 minit itu berakhir dengan Alcaraz yang berusia 19 tahun meraih kemenangan 6-3, 6-7 (7/9), 6-7 (0/7), 7-5, 6-3 untuk mara ke pertembungan pusingan empat terakhir dengan Frances Tiafoe dari Amerika Syarikat pada hari Jumaat.

    Rekod sebelum ini untuk masa penamat terbaharu dalam perlawanan Terbuka AS adalah 2:26 pagi, yang telah ditetapkan tiga kali sebelum ini. Hebatnya, ia adalah penamat awal pagi kedua untuk Alcaraz minggu ini.

    Pilihan nombor tiga Sepanyol itu telah menyingkirkan pemain Croatia Marin Cilic dalam satu lagi lima set epik pada pusingan keempat dalam perlawanan yang berakhir pada 2:23 pagi waktu tempatan pada hari Selasa.

    Beribu-ribu penonton melaungkan penghargaan mereka untuk Alcaraz ketika pemain Sepanyol itu rebah di gelanggang Stadium Arthur Ashe dengan gembira selepas kemenangan ke atas Sinner, pemain pilihan ke-11 dari Itali berusia 21 tahun itu.

    “Secara terus-terang, saya masih tidak tahu saya mampu melakukannya,” kata Alcaraz selepas kemenangan yang diperoleh ketika dia terselamat daripada mata perlawanan pada set keempat.

    “Ia adalah perlawanan yang berkualiti tinggi dan sukar dipercayai. Jannik adalah pemain yang hebat. Tahap prestasinya sangat menakjubkan.

    Tambahnya lagi, “Saya selalu mengatakan bahawa awda perlu percaya pada diri sendiri sepanjang masa. Harapan adalah perkara terakhir selain kalah. Saya hanya percaya pada diri sendiri dan percaya pada permainan saya.” – AFP

    Aksi Carlos Alcaraz memandang kepada peminat selepas menewaskan Jannik Sinner, dari Itali, semasa suku akhir kejohanan tenis Terbuka AS di New York, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...