MONTMELO, SEPANYOL, 5 JUN – Penunggang Aprilia, Aleix Espargaro meraih petak pertama di Catalonia MotoGP selepas melalui beberapa pusingan yang sengit ketika perlumbaan kelayakan diadakan bagi pusingan kesembilan di kejohanan dunia, kelmarin.
Penunggang dari Sepanyol itu akan menyertai barisan hadapan pada hari ini bersama dengan penunggang Ducati, Francesco Bagnaia, pemenang pada minggu lalu di Itali, dan bersama juara dunia iaitu penunggang Yamaha, Fabio Quartararo.
Espargaro ketinggalan lapan mata di belakang Quartararo dan dengan harapan dapat menaikkan tahap perlumbaannya selepas mempamerkan prestasi terbaiknya semasa sesi latihan.
Pada sesi ketiga perlumbaan, dia memacu untuk mencatatkan rekod kelajuan, seminit dan 38 saat di litar lumba, luar Barcelona dengan keadaan cuaca panas terik yang hampir mencecah 55 darjah Celsius.
Kemudiannya, dia telah memecahkan catatan masanya sendiri selepas kelayakan dengan catatan masa 01:38.742, untuk berada di hadapan Bagnaia dengan perbezaan 0.031 saat.
Kejayaan tersebut adalah yang keempat dalam kariernya dan yang kedua pada tahun ini.
Sementara itu, Quartararo bersedia untuk perlumbaan yang berlangsung hari ini dengan optimis mengatakan bahawa dia masih lagi ada peluang untuk memenangi perlumbaan tersebut.
Selain itu, pasukan Ducati telah menguasai barisan kedua dengan penunggang Prima Primac, Johann Zarco dan Jorge Martin, di mana kedua-duanya akan berlumba dengan Fabio di Giannantonio dari Gresini Racing. – AFP