Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Alex Albon ingin tunjuk kemampuan sebenar

    SILVERSTONE, ENGLAND, 7 FEB – Pemandu Williams, Alex Albon berhasrat untuk menunjukkan personalitinya yang lebih kukuh dalam kejohanan Formula Satu.

    Albon yang berperwatakkan mesra adalah salah seorang pemandu yang popular dikalangan peminat F1 tetapi ramai membuat beberapa tanggapan yang salah.

    “Saya dilihat sebagai seorang yang sentiasa gembira, tetapi saya berhak untuk berada di sini,” katanya kelmarin ketika Williams melancarkan FW45 untuk 2023.

    Dia berada di tahun kedua bersama pasukan Williams yang sedang dalam proses pembangunan semula selepas menduduki tempat terakhir dalam kejuaraan pembina.

    Selepas memperolehi mata dalam tiga perlumbaan sahaja, dengan keputusan terbaik di tempat kesembilan di Grand Prix Miami, dia merasakan tahap motivasinya kini lebih tinggi.

    Peminat merakam gambar dengan pemandu Williams, Alex Albon, ketika dia tiba di litar lumba Interlagos untuk latihan menjelang Grand Prix Brazil Formula Satu di Sao Paulo, Brazil pada 11 November 2022. – AP

    Pelumba Thailand kelahiran London itu kehilangan tempatnya di pasukan Red Bull kepada Sergio Perez selepas hanya dua kemenangan dalam 26 perlumbaan bersama Max Verstappen.

    Albon kemudian menghabiskan masa setahun sebelum Williams mengambilnya untuk 2022 dan melanjutkan kontraknya kepada perjanjian bertahun-tahun.

    Bekas kuasa besar Williams mengharapkan Albon dan rakan sepasukannya dari Amerika, Logan Sargeant untuk membawa pasukan itu kembali unggul.

    Williams telah memenangi 114 perlumbaan F1, yang terakhir merupakan tujuh gelaran pemandu dan sembilan kejuaraan pembina pada tahun 1997.

    Usaha pembaikan ini menyaksikan Williams melantik bekas pengarah strategi Mercedes, James Vowles sebagai ketua pasukan baharunya. Vowles memegang peranan utama kejuruteraan dan membantu Mercedes memperoleh kejuaraan pembina dari 2014-21.

    Ujian pramusim berlangsung di Bahrain dari 23 hingga 25 Februari dan musim perlumbaan akan bermula di sana pada 5 Mac. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...