Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Alexis Sanchez sertai Marseille secara percuma

    MARSEILLE, 10 OGOS – Marseille telah menandatangani bekas bintang Arsenal dan Barcelona, Alexis Sanchez secara percuma selepas pemain itu meninggalkan Inter Milan, menurut pengumuman yang dibuat oleh kelab Perancis itu, hari ini.

    Marseille berkata penyerang itu, yang membuat 143 penampilan untuk Chile, telah menandatangani perjanjian di Velodrome selepas lulus ujian kesihatan. Pegawai kelab memberitahu AFP bahawa dia bersetuju dengan kontrak selama setahun.

    Sanchez, 33, baru-baru ini menamatkan kontrak bersama Inter dan tiba di lapangan terbang Marseill lewat kelmarin untuk bertemu peminat.

    Ketibaan Sanchez ke kelab tersebut meningkatkan semangat Marseille menjelang kepulangan mereka ke Liga Juara-Juara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...