Alfa Romeo Guilia di sini

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Alfa Romeo di Brunei Darussalam telah membawa masuk kereta lumba legenda dari Itali, Alfa Romeo Guilia.

Model Alfa Romeo yang paling dinanti-nantikan pada 2016 dan dipamerkan di Bilik Pameran Alfa Romeo di Beribi itu didatangkan dengan tiga peringkat trim iaitu Super, Veloce dan Quadrifoglio serta tiga versi enjin.

Tiga versi enjin tersebut adalah Petrol 2.0-Liter Turbo dengan 200 HP; Petrol 2.0-Liter Turbo dengan 280 HP dan enjin petrol 2.9-Liter V6 Bi-Turbo dengan 505 HP masing-masing dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Giulia dengan pacuan roda belakang tampil dengan reka bentuk dan tahap prestasi yang unggul, keseronokan pemanduan yang mendebarkan dan pada masa yang sama ia direka sebagai penghormatan kepada tradisi paling tulen daripada legenda Alfa Romeo.

Giulia itu juga sesuai dengan jenama AlfaTM DNA baharu yang mengubah tingkah laku dinamik kereta berdasarkan pilihan Dynamic, Natural, Advanced Efficiency dengan mod kecekapan tenaga yang dilaksanakan untuk kali pertama pada Alfa Romeo dan Race atau hanya pada Versi Quadrifoglio.

GHK Motors Sdn Bhd akan melancarkan Alfa Romeo Giulia 2.0L T4 serba baharu.
Alfa Romeo Giulia QV 2.9L V6 Bi-Turbo yang dipamerkan di Bilik Pameran Alfa Romeo, Beribi.