Alfa Romeo, Haas lancar kereta baharu

MONTMELO, 19 FEB – Pasukan Formula Satu, Alfa Romeo dan Haas telah memperkenalkan kereta terbaharu sempena musim baharu ini.

Bekas juara, Kimi Raikkonen dan rakan sepasukan beliau, Antonio Giovinzzi, menarik penutup kereta dan melancarkan kereta terbaharu Alfa Romeo di litar Barcelona-Catalunya untuk membuat uji pandu sebelum bermula musim Formula Satu. Rekaan terbaharu kereta Alfa Romeo tersebut diberi nama Alfa Romeo C39, dilihat mengekalkan warna pasukan tersebut iaitu putih dan merah.

“Kami menjangkakan peningkatan dari apa yang kami kecapi musim lalu, kami akan maju ke hadapan dan berharap kami mampu bersaing di kedudukan atas,” kata pengarah teknikal, Jan Monchaux.

Alfa Romeo turut memperkenalkan pemandu baharu mereka, Robert Kubica, yang telah menyertai pasukan pemandu simpanan. Beliau akan mula membuat uji pandu pra musim pada hari Rabu ini bersama dengan Giovinazzi yang akan mengambil alih sesi petang. – AP

Pemandu Alfa Romeo, Kimi Raikkonen (kanan) dan Antonio Giovinzzi (kiri), memperkenalkan rekaan terbaharu kereta Alfa Romeo yang bakal dipandu pada musim baharu nanti.- AP