Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Alfaro dipilih jurulatih pasukan Ecuador

    QUITO, ECUADOR, 24 OKT – Meskipun dia bukan pilihan nombor satu Ecuador, Gustavo Alfaro akan menjadi jurulatih kepada pasukan kebangsaan negara itu dalam perlawanan Piala Dunia di Qatar.

    Jurulatih dari Argentina itu, yang sedang berkhidmat untuk Boca Juniors, mengambil alih pasukan Ecuador daripada Jordi Cruyff pada Ogos 2020, yang langsung tidak pernah muncul di padang kerana pandemik COVID-19.

    Alfaro meninggalkan Buenos Aires dengan barisan pemain yang pada tahun lepas telah mendapat tempat terakhir dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan Copa America.

    Dalam sidang media pertamanya, dia berkata Ecuador mempunyai masa hadapan yang lebih cerah berbanding masa sekarang.

    “Saya mahu menjadi sebahagian daripada proses, sebahagian daripada perkembangan ini, dan membentuk impian yang kita idamkan untuk bermain dalam Piala Dunia akan datang.”

    Ecuador akan bermain di Qatar, yang merupakan penampilan keempat pasukan tersebut sejak 2002.

    Ecuador akan bermain pada aksi pembukaan menentang tuan rumah Qatar pada 20 November dalam Kumpulan A. Lima hari berikutnya, pasukan itu akan bertemu Belanda dan seterusnya Senegal pada 29 November. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...