Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Algeria gesa duta kembali ke Paris

    ALGIERS, 11 OKT – Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune kelmarin menegaskan bahawa kepulangan Duta Algeria ke Perancis adalah bergantung kepada “penghormatan sepenuhnya” dari Paris ke Algeria.

    Menurut Xinhua, dalam satu temu bual yang disiarkan secara langsung di media tempatan, Tebboune berkata, “Kami tidak boleh bertindak seperti tidak ada apa yang berlaku dan duta kami akan kembali ke Paris hanya apabila Perancis menunjukkan penghormatan sepenuhnya terhadap negara Algeria.”

    Kenyataan Tebboune merujuk kepada langkah memanggil pulang Duta Algeria ke Paris dan melarang pesawat tentera Perancis merentasi ruang udaranya, berikutan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron minggu lalu yang mengkritik rejim Algeria. Episod ketegangan baharu antara Paris dan Algeria tercetus apabila Perancis pada September memutuskan untuk mengurangkan jumlah visa yang dikeluarkan kepada pegawai Algeria sebanyak 50 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda