Algeria larang pesawat tentera Perancis

PARIS, 3 OKT – Kerajaan Algeria melarang pesawat tentera Perancis memasuki ruang udaranya, kata tentera Perancis hari ini, di tengah-tengah krisis diplomatik yang tercetus oleh perbalahan visa dan kritikan dari Presiden Emmanuel Macron.

Jet Perancis kerap terbang di wilayah Algeria untuk menuju wilayah Sahel di Afrika barat, di mana tenteranya membantu memerangi pemberontak sebagai sebahagian daripada operasi Barkhane.

“Pagi ini ketika kami merancang penerbangan bagi dua buah pesawat, kami dimaklumkan bahawa Algeria menghalang penerbangan ke wilayah mereka bagi pesawat tentera Perancis,” kata seorang jurucakap tentera, Kolonel Pascal Ianni, kepada AFP.

Dia mengatakan keputusan larangan itu ‘tidak menjejaskan operasi atau misi perisikan kami’ yang dijalankan di Sahel. – AFP

Gambar fail pada 23 Januari 2020, seorang anggota tentera berada di hadapan jet pejuang Rafale di geladak kapal induk Peranc, di lepas pantai kota Hyeres. Kerajaan Algeria telah melarang pesawat tentera Perancis melalui ruang udaranya, kata tentera Perancis kelmarin. – AFP