FRANCEVILLE, Gabon, 16 Jan – Riyad Mahrez menjaringkan dua gol tetapi Algeria hanya mampu seri dengan pasukan Zimbabwe sementara itu Senegal mencatatkan kemenangan pertama Piala Negara-Negara Afrika semalam.
Mahrez meletakkan Algeria di depan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Franceville di tenggara Gabon tetapi kemudian perlu menjaringkan gol penyamaan yang lewat untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 bagi salah satu perlawanan pilihan.
Senegal, satu lagi pasukan yang menarik menerusi status mereka sebagai pasukan rangking teratas Afrika dalam rangking FIFA, menyaksikan pemain sayap Liverpool, Sadio Mane memberikan mereka kemenangan 2-0 menentang Tunisia.
Keputusan itu meletakkan mereka mengawal bahagian tersebut sementara Algeria kecewa kerana terlepas peluang.
“Kami hanya perlu menyalahkan diri sendiri. Kami perlu bekerja keras dan beraksi dengan baik dalam perlawanan kedua menentang Tunisia,” kata bintang Leicester, Mahrez.

Sehari selepas tuan rumah Gabon terikat seri 1-1 kepada Guinea-Bissau di ibu negara Liberville ketika perlawanan sedang dijalankan, tidak terdapat ramai penonton ketika aksi itu dipindahkan ke stadium di Franceville yang memuatkan 20,000 tempat duduk.
Kebanyakan penduduk setempat tidak hadir dalam perlawanan itu ditengah–tengah permintaan dari kerajaan pasukan lawan di Gabon untuk memboikot aksi Piala Negara–Negara.
Mereka yang ada di sana menyaksikan perlawanan hambar di antara Algeria dan pasukan luar rangking, Zimbabwe, dengan Mahrez menyudahkan sepakan melencong pembukaan lebih awal. – AFP