Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Alha Alfa hadiah kereta kepada ibu

    Simpati dengan nasib seorang ibu tunggal yang tiada kenderaan untuk berniaga, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa menghadiahkan kereta pertama yang dibeli sekitar tahun 2012.

    Menurut Alha, 33, kereta jenama Perodua Alza itu diserahkan kepada wanita berkenaan untuk kegunaan menjual kuih.

    “Hari ini Jumaat saya hadiahkan kereta kesayangn saya ini kepada sebuah keluarga ini, semoga kereta ni asbab rezeki mereka sekeluarga bertambah… InsyaAllah.

    “Jauh nak jalan kereta ni. Saya jaga baik-baik dan itu bukti kerja keras saya, saya doakan semoga diperluaskan lebih dan lebih lagi.

    “Semoga perniagaan keluarga ini juga bertambah maju,” katanya menerusi laman Instagram.

    Bersama kapsyen tersebut, Alha turut berkongsi rakaman video kereta jenama Alza berwarna putih itu dibawa oleh sebuah trak tunda.

    Mengakui kenderaan pertamanya itu menyimpan banyak memori, Alha berkata dia berdepan banyak cabaran untuk memiliki kereta berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...