Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ali Puteh syukur jualan online terima sambutan

    Sudah lama tidak menerima tawaran seni, pelawak Ali Puteh tetap bersyukur kerana jualan pakaian dan wangian yang diusahakan menerusi platform media sosial disambut baik oleh warganet.

    Meskipun berdepan konflik dengan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata jualan dalam talian yang dijalankan tidak terjejas dan masih menerima sambutan pengikut.

    “Saya mula berniaga pada bulan puasa ini, sebelum ini perniagaan ini diusahakan oleh isteri saya dan ada juga terlibat dengan mana-mana ekspo. Tapi semenjak puasa saya pula yang mengambil alih dan berniaga dalam talian. Saya berniaga baju kanak-kanak dengan haruman buat sementara ini.

    “Alhamdulillah sambutan menggalakan dan sangat baik, penghantaran pun dah banyak. Alhamdulillah ramai orang yang sokong dan yang kecam pun banyak juga,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi mengenai perniagaan online yang diusahakannya, Ali memberitahu, dia tidak melakukan bayaran tunai semasa penghantaran (COD) kerana bimbang ditipu.

    Justeru itu, dia menggunakan pembayaran perbankan dalam talian yang sememangnya selamat daripada penipuan.

    “Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa semasa bulan puasa ini. Sehari dapat jual 100 helai baju kanak-kanak. Saya syukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya,” ujarnya. – Agensi

    Ali bersyukur masih ramai orang memberikan sokongan terhadapnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...