Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor halang tetamu lawat anak damit

    Pasangan pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor menimang cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Mumbai, India pada 6 November lalu.

    Berita gembira itu dikongsi oleh Alia menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

    Perkhabaran itu membuatkan ramai ahli keluarga serta teman rapat mengunjungi hospital bagi bertemu pasangan ini dan melihat sendiri wajah anak damit perempuan mereka.

    Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila tetamu yang datang tidak dibenarkan melihat wajah anak mereka itu.

    Selain bimbang gambar anak mereka tersebar di internet, Alia dan Ranbir juga khuatir jika anak damit mereka terkena jangkitan COVID-19.

    “Orang yang datang boleh melakukan apa sahaja walau mereka adalah teman rapat.”

    Ranbir dan Alia tidak mahu apabila bangun pagi, wajah anak mereka mula terpapar di internet.

    “Alia juga bimbang dengan jangkitan COVID-19. Bukan semua yang datang itu boleh menunjukkan surat pengesahan negatif COVID-19,” jelas seorang teman rapat yang dipetik menerusi Bollywoodhugama. – Agensi

    Alia dilihat meninggalkan hospital selepas empat hari bersalin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...