Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Aliassime bersedia cabar pemain terbaik dunia

    MELBOURNE, 27 JAN – Pemain muda dari Kanada, Felix Auger-Aliassime berkata dia bersedia untuk menguji kekuatannya dengan pemain tenis lelaki terbaik dunia selepas menewaskan juara pilihan, Daniil Medvedev pada aksi suku akhir di Terbuka Australia.

    Pemain nombor dua dunia dari Rusia itu memperlihatkan cabaran itu kelmarin, meskipun ketinggalan dua set dan ketinggalan satu mata perlawanan pada set keempat, hanya untuk mencatat kemenangan hebat dengan keputusan 6-7 (4/7), 3-6, 7-6 (7/2), 7-5, 6-4.

    Medvedev mengimpikan bertemu pemain pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas dalam pusingan separuh akhir yang akan berlangsung pada Jumaat, tetapi pemain berusia 21 tahun, Auger-Aliassime merobeknya tanpa penyesalan, meraih kemenangan dalam perlawanan klasik selama empat jam dan 42 minit yang berlarutan sehingga tengah malam.

    Pemain pilihan kesembilan itu yang tahun lalu ditewaskan Medvedev di Terbuka AS dalam straight sets, berkata prestasi cemerlang itu telah memberikannya keyakinan bahawa dia dapat mencabar pemain terbaik.

    “Saya sentiasa percaya bahawa saya berkemampuan melalukan sesuatu seperti yang saya lakukan malam ini,” katanya. “Saya menunjukkannya, tetapi tentulah ada perbezaan di antara mengetahui sesuatu yang awda memiliki itu dalam diri awda dan benar-benar muncul serta melakukannya, juga hanya kurang satu mata daripada meraih kemenangan.

    “Ia adalah bagus untuk diri saya sendiri. Ini adalah pertandingan dunia, jadi di penghujung hari, saya kira ia adalah satu mesej yang bagus akan dapat saya sampaikan kepada rakan seperjuangan, iaitu orang yang akan saya saingi.

    “Saya bersedia untuk menguji diri saya sendiri dengan pemain terbaik, dan saya akan membuktikannya sekarang dari semasa ke semasa.”

    Auger-Aliassime mempamerkan permainan tenis berkualiti tinggi, merisaukan Medvedev dengan pukulan depan yang kuat dan melakukan servis di depan juara tersebut, sering membuatkan pemain Rusia itu terkial-kial dan bergelut untuk kekal dalam pertarungan. – AFP

    Reaksi Felix Auger-Aliassime selepas memenangi set kedua menentang Daniil Medvedev dari Rusia semasa perlawanan suku akhir pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 26 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...