Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alibaba ambil alih SunArt bernilai AS$3.6 bilion

    PARIS, 19 OKT – Syarikat e-dagang China, Alibaba telah membeli saham SunArt bernilai AS$3.6 bilion yang menjalankan ratusan buah pasar raya di tanah besar syarikat beli-belah Perancis, Auchan.

    Langkah untuk mengambil 72 peratus saham dalam SunArt itu mengukuhkan lagi pegangan Alibaba ke atas sektor besar e-dagang ketika ia berhasrat untuk menarik pelanggan baharu yang didorong oleh koronavirus untuk membeli barangan keperluan, makanan segar dan produk penjagaan kesihatan secara online.

    Ia juga menyerahkan kawalan ke atas 13 juta meter persegi ruang runcit di beberapa buah kedai di seluruh negara itu.

    SunArt ditubuhkan oleh Auchan pada 2000 bersama Ruentex Group dan menyertai ‘perikatan’ bersama Ali baba pada 2017. – AFP

    Gambar fail bertarikh 5 Februari 2020 menunjukkan seorang wanita berjoging di hadapan ibu pejabat Alibaba di Hangzhou, Shanghai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda