Alibaba bantu tingkatkan eksport PKS

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Platform e-dagang Alibaba telah merangsang eksport perusahaan kecil sederhana (PKS) daripada sifar peratus kepada 55 peratus dalam setahun, kata Pengarah Pembekal Cina Perniagaan Antarabangsanya, Jaycee Lam.

Beliau berkata, platform e-dagang mempunyai struktur perniagaan yang lengkap yang menghubungkan perniagaan dan pembeli, termasuk kos logistik yang lebih rendah dan masa penghantaran yang lebih cepat.

“Dengan ini, kami berharap lebih banyak PKS akan melayari platform kami menjelang akhir tahun. Sasaran kami adalah untuk mencatat 2,000 PKS berbanding 1,500 pada masa ini,” katanya kepada peserta Persidangan Perdagangan Global Alibaba.com di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Sharimathon Mat Salleh berkata, 98.5 peratus pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah PKS yang berpotensi besar untuk terus berkembang.

“E-dagang merentasi sempadan menyediakan cara alternatif untuk mereka mengakses pasaran dunia. Kami menggalakkan PKS Malaysia untuk memanfaatkan Alibaba.com dan eTRADE untuk mula mengeksport melalui e-dagang,” katanya.

Pengasas e-dagang Alibaba, Jack Ma berucap kepada para penonton semasa panggilan video ketika Persidangan China yang dianjurkan oleh South China Morning Post di ibu negara Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu. – Xinhua

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba.com, Yu Yong berkata, dalam Ekspo Dalam Taliani Super September yang lalu, peniaga Malaysia mengalami peningkatan dua digit dalam jualan dan pertanyaan daripada pembeli global.

“Peniaga Malaysia melaporkan peningkatan sebanyak 21 peratus dalam pertanyaan dan keupayaan mereka untuk menukar pengunjung kepada pembeli aktif naik 15 peratus sepanjang tempoh ekspo tersebut,” katanya,

Ekspo Dalam Talian Super September daripada 4 hingga 30 September 30 telah dijalankan di Alibaba.com.

Yong juga berkata, makanan dan minuman Malaysia, produk kecantikan dan penjagaan diri, perabot, rumah dan taman serta produk getah dan plastik berkembang pesat dalam perdagangan rentas sempadan semasa Ekspo Dalam Talian Super September itu.

“Eksport semua produk ini mencatat pertumbuhan yang menakjubkan dan menarik pertanyaan yang banyak daripada pembeli semasa tempoh kempen,” tambahnya. – Bernama