Alibaba berdepan risiko keselamatan

TAIPEI, TAIWAN, 24 OGOS – Taiwan mengumumkan platform e-dagang yang berkaitan dengan Kumpulan Alibaba China berdepan risiko keselamatan dan memaklumkan operatornya hari ini untuk mendaftarkannya sebagai sebuah syarikat dari tanah besar pesaing atau menghapuskan pemilikan sahamnya.

Arahan itu menambah tekanan memuncak ke atas syarikat-syarikat China di Amerika Syarikat dan negara lain berhubung kebimbangan keselamatan.

Taobao Taiwan dioperasikan oleh syarikat berasingan, British Claddagh Venture Investment Ltd namun pemilikan saham Kumpulan Alibaba dalam syarikat itu membenarkannya untuk mengawal platform pengguna kepada pengguna dalam melanggar peraturan Taiwan, kata Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Perjanjian pengguna bagi Taobao Taiwan memberi kebenaran untuk “menghantar data transaksi ahli kepada server Kumpulan Alibaba di China. Ia boleh jadi maklumat yang berisiko keselamatan,” menurut kementerian itu. – AP