Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

Alibaba catat kerugian bersih

HONG KONG, 18 NOV – Syarikat e-dagang China, Alibaba mencatat kerugian bersih semalam dan terlepas jangkaan pasaran untuk memperoleh pendapatan dalam suku berakhir September, di tengah ekonomi lembap negara.

Syarikat itu melaporkan kerugian berjumlah 20.6 bilion yuan yang berpunca daripada kemerosotan harga pasaran pelaburan ekuitinya dalam syarikat tersenarai.

Pendapatan melonjak 3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu kepada 207.2 bilion yuan, ketika syarikat melihat perbelanjaan pengguna berkurangan apabila China meneruskan dasar COVID yang ketat menerusi sekatan dan ujian besar-besaran. – AP
“Permintaan pengguna adalah lemah dan kami melihat kemerosotan dalam kekerapan pembelian,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang, menambah permintaan untuk divisyen elektronik pengguna dan pakaian telah merosot. – AP

Seorang wanita berjalan di depan pejabat Alibaba di Beijing. Alibaba mencatat kerugian bersih dalam suku berakhir September di tengah ekonomi lembap negara. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -