Alibaba Group hadapi kemelut

SHANGHAI, 4 OGOS – Pemimpin e-dagang China, Alibaba Group semalam mengatakan bahawa ia mencatatkan keuntungan yang lebih rendah tetapi mengekalkan pertumbuhan pendapatan yang stabil, menunjukkan tindakan keras kerajaan terhadap gergasi teknologi negara itu tidak banyak mempengaruhi perniagaan utamanya.

Alibaba mengatakan pendapatan bersihnya pada suku April hingga Jun mencecah 45.1 bilion yuan (AS$7 bilion), turun lima peratus tahun ini. Syarikat yang berpusat di Hangzhou adalah yang pertama untuk merasakan perbezaan daripada kerajaan yang menjadi bimbang atas pertumbuhan pesat dan keselamatan data. – AFP