Thursday, November 30, 2023
31.3 C
Brunei

    -

    Alif Teega akui terkena sihir pemisah

    Personaliti media sosial dari Malaysia dan usahawan Alif Teega menjelaskan rumah tangganya bersama isteri iaitu Aisyah Hijanah, masih harmoni dan tidak dilanda masalah seperti dakwaan segelintir pihak.

    Alif atau Mohd Hazalif turut menyangkal dakwaan mereka sudah berpisah malah menjelaskan hantaran berhubung dia sudah move on di TikTok sebelum ini tiada kaitan dengan perkahwinan mereka.

    “Tiada apa yang berlaku. Ini adalah ujian dalam rumah tangga. Apa yang boleh kita buat adalah doakan sahaja agar diangkat segala kesulitan.

    “Kalau lihat posting saya di TikTok tentang move on, memang itu yang saya sering kongsikan. Namun tiada siapa yang dilepaskan.

    “Maaf jika perkongsian saya sebelum ini menimbulkan salah faham,” katanya menerusi video di TikTok miliknya.

    Alif tolak dakwaan rumah tangga bermasalah. – mStar

    Sebelum ini kecoh dikatakan hubungan mereka bermasalah disebabkan wujud orang ketiga yang cuba mengganggu rumah tangga.

    Alif dalam masa sama turut menjelaskan mendapat tahu terkena sihir pemisah
    selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam.

    “Aisyah ada bawa saya pergi berubat. Tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama. Jawapan tentang ain, jawapan kedua adalah berkaitan dengan sihir pemisah,” ujarnya kepada mStar.

    Dalam masa sama dia juga mengaku silap apabila tidak sengaja menegur isterinya itu secara terbuka ketika mengadakan sesi live di laman sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...