Wednesday, November 6, 2024
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Syukri tolak tawaran menyanyi sebab tawaran rendah

    Bukan bersikap berlagak, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menolak undangan menyanyi di sebuah konsert di Pulau Pinang selepas bayaran ditawarkan tidak masuk akal.

    Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, sekiranya terdapat mana-mana penganjur persembahan mahu mengundangnya menyanyi, harga dikenakan adalah serendah RM15,000.

    “Dengan nama Allah saya ada dapat tawaran jadi penyanyi undangan untuk sebuah konsert di Pulau Pinang bulan lepas.

    “Tapi saya tak sedia dan suara saya terlalu sedap selain bayaran yang mereka tawarkan tidak setimpal.

    “Kalau nak panggil paling kurang harga saya dalam RM15,000,” katanya kepada mStar.

    “Kalau saya pergi, dah bersiap cantik-cantik lepas itu minta saya menyanyi dengan bayaran RM2,000. Baik saya berniaga dengan buat live sahaja di TikTok,” ujarnya.

    Bukan mahu bersikap riak, usahawan itu sebaliknya merasakan tawaran dikemukakan tidak berbaloi dengan namanya yang dikenali ramai.

    Aliff juga tetap dengan pendirian RM15,000 adalah harga minimum untuk menyanyi di mana-mana majlis atau konsert.

    “Saya bukan nak sombong tapi penganjur tu ingat saya artis funfair?

    “Jadi saya kata tak boleh dan harga saya tetap paling minimum RM15,000. Kalau pergi juga memang tak berbaloi,” jelasnya. – Agensi

    Aliff tolak pelawaan menyanyi jika tawaran dikemukakan tidak berbaloi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda