Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Alisson 2 kali dinafikan kad merah

    QUITO, 28 JAN – Penjaga gol Brazil, Alisson Becker dua kali dilayangkan kad merah namun keputusan itu dibatalkan selepas tinjauan VAR ketika Brazil bertahan semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan terikat seri 1-1 menentang Ecuador, kelmarin, apabila kedua-dua pasukan menyaksikan seorang pemain mereka dibuang padang.

    Alisson bernasib baik selepas kad merah diberikan pada separuh masa pertama, kerana kakinya diangkat terlalu tinggi mengenai Enner Valencia, diubah kepada kad kuning dan kad kuning kedua pada masa kecederaan turut ditukar selepas semakan semula.

    Ecuador mungkin boleh dimaafkan kerana merasa tidak puas hati dengan empat tinjauan VAR, dua tinjauan dibuat untuk melihat kemungkinan pemain dibuang padang dan dua lagi bagi keputusan penalti yang pada mulanya diberikan oleh pengadil dari Colombia, Wilmar Roldan, kesemua keputusan tidak menyebelahi pasukan tuan rumah di Quito.

    Walaupun begitu, dengan mengutip satu mata telah membawa mereka semakin hampir melayakkan diri ke Piala Dunia dengan berbaki tiga perlawanan.

    Brazil dan Argentina sudah mengesahkan kedudukan mereka ke Qatar.

    Pengadil perlawanan, Wilmar Roldan melayangkan kad merah ke atas Alisson Becker namun keputusan tersebut dibatalkan setelah tinjauan VAR semasa pertemuan menentang Ecuador, kelmarin. – AFP

    Casemiro memberikan pasukan pelawat, yang tanpa pemain bintang Neymar yang mengalami kecederaan, berada di hadapan pada awal perlawanan namun pertahanan tengah Ecuador, Felix Torres menyamakan kedudukan 15 minit sebelum masa tamat.

    Ecuador sepatutnya mendahului permainan dalam masa dua minit tetapi Valencia gagal mencari gawang selepas sepakan percuma dilakukan oleh Pervis Estupinan.

    Ia mengambil masa empat minit untuk Brazil menghukum kesilapan Ecuador.

    Pasukan tuan rumah gagal mengeluarkan bola dengan kemas hasil sepakan penjuru dengan Brazil membuat hantaran lintang dari Philippe Coutinho lalu ditanduk oleh Matheus Cunha.

    Penjaga gol, Alexander Dominguez berjaya menghalang bola namun Casemiro berjaya mengutip bola muntah lalu membuat jaringan dari jarak dekat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...