Alitalia batalkan hampir 200 penerbangan

MILAN, 9 OKT – Syarikat penerbangan Itali Alitalia telah membatalkan hampir 200 penerbangan disebabkan mogok juruterbang 24 jam.

Mogok pada hari ini meletus di tengah ketidakpastian berhubung masa depan syarikat penerba-ngan sebelum tarikh akhir pada 15 Oktober untuk pembentangan satu tawaran pengambilalihan daripada konsortium pelabur. Alitalia membatalkan 35 peratus daripada 520 penerbangan yang dijadual ketika mogok oleh tiga kesatuan dan memperuntukkan pesawat udara lebih besar di laluan domestik dalam usaha untuk menampung penumpang di mana penerbangan mereka telah terjejas. Penerbangan dijamin pada masa perjalanan pagi dan petang.

Kerajaan Itali telah mendesak syarikat penerbangan AS Delta supaya menambah sahamnya dalam Alitalia baharu daripada kira-kira 10 peratus kepada le-bih 15 peratus. Memimpin konsortium baharu adalah Sistem Perkhidmatan Kereta Api Itali bersama syarikat pegangan keluarga Benetton Atlantia. – AP