LAS VEGAS, 26 JULAI – Saham syarikat induk Allegiant Air merudum selepas waktu perniagaan kelmarin selepas bajet syarikat penerbangan menunjukkan pendapatan suku kedua yang mengecewakan yang disebabkan oleh kos yang lebih tinggi, termasuk bahan api.
Allegiant Travel Co. berkata selepas pasaran ditutup ia dijangka melaporkan keuntungan AS$0.62 sesaham. Sebelum ini, syarikat itu meramalkan keuntungan sebanyak AS$0.92 sesaham, dan pakar analisis telah menjangkakan peningkatan sebanyak AS$1.36 sesaham, menurut tinjauan FactSet.
Saham tersebut diniagakan lebih rendah berbanding 18 peratus dalam perniagaan yang dilanjutkan kelmarin.
Kesukaran yang dialami oleh Allegiant sama seperti syarikat-syarikat penerbangan besar lainnya yang telah mengatakannya dalam dua minggu kebelakangan ini, iaitu permintaan untuk tiket masih lagi kukuh apabila orang ramai ingin keluar melancong berikutan lebih dari dua tahun berdepan dengan pandemik, tetapi peningkatan kos semakin berlarutan untuk bekalan bahan api, tenaga kerja dan perbelanjaan lainnya.
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Las Vegas berkata keuntungan dalam tempoh April hingga Jun adalah sekitar AS$629 juta, peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2019, dan jualan yang kukuh diteruskan pada Julai, dengan operasi penerba-ngan berjalan lebih tinggi sedikit daripada 90 peratus pada kadar puratanya.
Walau bagaimanapun, Allegiant telah membayar AS$4.32 segelen untuk bekalan bahan api pada suku pertama, lebih tinggi berbanding yang dijangkakan, dan pesawat menggunakan bahan api tambahan sebanyak AS$9 juta, di mana syarikat penerbangan dipersalahkan kerana membawa lebih ramai penumpang setiap satu penerbangan, yang membuatkan pesawat itu menjadi berat. Kos selain bahan api naik sebanyak 14 peratus setiap batu, berbanding 2019.
Allegiant dijadualkan untuk melaporkan keputusan keuntungan sukunya pada 3 Ogos ini. – AP