Alli kembali beraksi, Spurs tewaskan Fulham

LONDON, 5 MAC – Dele Alli kini kembali beraksi pada permulaan Liga Perdana Inggeris sejak pembukaan musim tatkala Tottenham menewaskan Fulham, sementara Everton melonjak di kedudukan empat teratas selepas mereka meraih kemenangan 1-0 menentang West Brom kelmarin.

Penampilannya memberikan satu pembaharuan buat Spurs selepas menyaksikan pasukan itu berdepan dengan kehilangan begitu banyak mata pada kedudukannya musim ini tatkala Fulham menguasai perlawanan pada separuh masa kedua.

Fulham merupakan salah satu pasukan yang bermula dengan 1-0 kepada seri 1-1 menentang pasukan kendalian Jose Mourinho musim ini.

“Secara kesimpulannya, ia tidak berbeza dengan perlawanan lain yang pernah kami hadapi dan kami berusaha untuk mengelak jaringan saat akhir daripada pasukan lawan,” jelas Mourinho.

“Menentang Palace, Wolves, Newcastle, kami berjaya mengelak gol lewat yang telah merampas mata dari kami. Tetapi malam ini berbeza, kami berjaya mengekalkan mata.”

Gareth Bale dan Alli telah berjuang untuk prestasi dan kecergasan musim ini dan sebahagian besar hanya menjadi penonton ketika Son Heung-min dan Harry Kane mencari peluang Tottenham untuk mendapat tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

Namun, setelah Bale meledak dua kali dalam kemenangan 4-0 Burnley pada hari Ahad, keempat-empatnya bermula bersama untuk pertama kalinya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. – AFP

Reaksi Alli ketika menanduk bola tatkala penjaga gol Fulham Alphonse Areola cuba menyelamatkan bola daripada memasuki gawang pada perlawanan mereka di Stadium Craven Cottage, kelmarin. – AP