Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Allyson Felix bakal tinggalkan dunia balapan

    LOS ANGELES, 14 APRIL – Atlet hebat sukan balapan dan padang Amerika Syarikat (AS), Allyson Felix mengesahkan kelmarin bahawa dia akan bersara tahun ini, menutup tirai kerjaya yang telah menjangkau tiga dekad termasuklah mencatat rekod 11 pingat Olimpik.

    Atlet berusia 36 tahun itu berkata menerusi catatan dalam akaun Instagramnya bahawa dia merancang untuk memulakan musim perpisahannya sebagai tanda terima kasih pada sukan tersebut.

    “Saya telah memberikan segala-galanya kepada larian dan buat kali pertama saya tidak pasti sama ada saya mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan,” kata Felix.

    “Saya ingin mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada sukan ini dan orang yang telah membantu membentuk saya dengan cara yang saya tahu, iaitu dengan satu larian terakhir,” tambahnya.

    “Musim ini bukanlah mengenai masa, ia hanya tentang berlari dengan kegembiraan.

    “Jika awda melihat saya berada di atas trek pada tahun ini, saya berharap dapat berkongsi detik tersebut, kenangan dan penghargaan saya dengan awda.”

    Felix tidak memberikan butiran lanjut mengenai jadual pertandingannya, tetapi besar kemungkinan dia menyasarkan Kejohanan Dunia pada tahun ini, yang akan diadakan di Eugene, Oregon pada bulan Julai nanti.

    Felix ialah wanita yang paling dihormati dalam sejarah sukan balapan dan padang Olimpik, memenangi pingat pertama daripada 11 pingatnya di Sukan Olimpik 2004 di Athens dan yang terakhir adalah pada Sukan Tokyo tahun lalu, meraih pingat emas dalam acara lari berganti-ganti 4×400 meter. – AFP

    Allyson Felix mengesahkan pengumumannya untuk bersara daripada sukan balapan dan padang pada tahun ini selepas beberapa dekad melakar nama dan mencatat rekod 11 pingat Olimpik. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...